Pada 20hb Julai 2016, sebuah Majlis Rumah Terbuka Adidilfitri Radicare (M) Sdn Bhd telah di adakan di The Everly Putrajaya. Majlis yang meriah ini diraikan oleh 300 orang kakitangan ibu pejabat Radicare dan subsidiari, dan juga dengan kehadiran lebih 300 orang para jemputan yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada KKM serta pelanggan-pelanggan dan kontraktor-kontraktor dari jabatan-jabatan ibu pejabat Radicare. Upacara kemuncak majlis jamuan raya adalah dengan penganugerahan Sijil Penghargaan serta Sijil Simpanan Premium BSN kepada kakitangan yang telah berkhidmat lebih dari 10 Tahun & 20 Tahun serta pengumuman pemenang pertandingan menamakan Buletin Radicare Edisi 2015-2016.

Terdapat pelbagai jenis juadah yang disediakan seperti lemang, ketupat, kuih muih tradisional, buah-buahan tempatan dan tidak lupa juga juadah kesukaan ramai iaitu Kambing Golek. Sepanjang majlis ini, para jemputan dan juga kakitangan Radicare di hiburkan dengan nyanyian lagu-lagu raya dari kakitangan Radicare yang berbakat dan acara Cabutan Bertuah turut diadakan bagi memeriahkan suasana. Selain itu, terdapat juga Photobooth dimana semua para jemputan boleh mengambil gambar dan di cetak dengan serta merta sebagai kenangan. 'Door gift' turut diberikan kepada semua para jemputan sebelum pulang dari Majlis Rumah Terbuka Radicare ini.