Radicare (M) Sdn Bhd mendahului 46 buah syarikat yang menunaikan zakat perniagaan, dengan menyerahkan zakat berjumlah RM984,122.00
yang diwakili oleh Puan Faridah Hanum Abdul Ghafar, Ketua Pegawai Kewangan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada 27 Disember 2021
di satu majlis yang diadakan di Wisma PKPS, Shah Alam, Selangor.

 
          ......  

Turut hadir dalam majlis ini, YBhg. Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor, YBhg. Dato' Dr. Anhar Opir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS,
YBhg. Dato' Dr. Abdul Rahman Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Encik Saipolyazan M. Yusop.

Pada 17 Disember 2021, Radicare (M) Sdn Bhd diwakili oleh Puan Faridah Hanum Abdul Ghafar, Ketua Pegawai Kewangan menyerahkan zakat perniagaan
berjumlah RM424,006.00 kepada Tuan Haji Khairulazhar Samsudin, Penolong Pengurus Besar Dakwah Zakat, Pusat Pungutan Zakat -
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Ibu Pejabat Radicare (M) Sdn Bhd.

Puan Nor Fitrina Bt Abdul Rohani, Eksekutif Kanan Zakat, PPZ-MAIWP dan Encik Nik Emree Nik Mustapha, Pengurus Kewangan Kumpulan, Radicare
hadir sama semasa serahan zakat tersebut.


   .......