Radicare (M) Sdn Bhd yang diwakili oleh Puan Faridah Hanum Abdul Ghafar, Ketua Pegawai Kewangan telah menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM464,760.00 kepada Datuk Che Mat Che Ali, Pengerusi PPZ-MAIWP yang turut disaksikan oleh Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, MUFTI Wilayah Persekutuan pada majlis penyerahan tersebut. Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan ini telah diadakan di The Everly Hotel Putrajaya pada 02 Disember 2019.



Pada 18 Disember 2019, Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan telah diadakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LCS), Majlis Agama Islam Selangor di Dewan Orkid, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor.


Pada majlis tersebut, Radicare (M) Sdn Bhd diwakili oleh En Nik Emree bin Nik Mustapha, Pengurus, Kewangan Korporat telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM676,485.00 kepada Tuan Haji Saipolyazan Bin Mat Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif LZS.



Pada 15 Januari 2020, Pusat Kutipan Zakat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah mengadakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan di Istana Abdul Aziz, Bukit Istana, Kuantan Pahang.

Radicare telah diwakili oleh Puan Faridah Hanum Abdul Ghafar, Ketua Pegawai Kewangan telah menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM143,702.00 kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.