Pada 9 Ogos 2022, diadakan Majlis penyerahan dokumen perjanjian bagi tender untuk membekalkan tenaga kerja, bahan gunahabis dan semua yang berkaitan dengan perkhidmatan Dobi serta keperluan Linen baharu untuk tempoh tiga tahun kepada Hospital Canselor Tuanku Muhriz telah diserahkan kepada syarikat Medilaund M Sdn Bhd.

Dokumen perjanjian telah diserahkan sendiri oleh Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin kepada Tn. Syed Jalal Syed Shuhaimi, Pengurus Besar, Medilaund M Sdn Bhd. Majlis penyerahan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan, YBrs. Prof. Madya Dr. Hanita Othman, Timbalan Pengarah, Perkhidmatan Surgeri, YBrs. Prof. madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah, Perkhidmatan Perubatan, Ybrs. Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pendaftar, En. Mursidi Ahamad, Ketua Jabatan Kewangan, Pn. Wan Omi Hj. Wan Yussop, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, Pn. Masrifah Zakaria dan beberapa pegawai-pegawai kanan HCTM.

Medilaund telah dianugerahkan untuk Perkhidmatan membekalkan tenaga kerja, bahan gunahabis dan semua yang berkaitan dengan perkhidmatan Dobi serta keperluan Linen baharu untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa dari 1 September 2022 hingga 31 Ogos 2025.