Pada 4hb Ogos 22, majlis Penyampian Sijil Kompetensi Biomedical Technical Personnel anjuran bersama Ministry of Health Biomedical Engineering Maintenance Services Competency Board (MBCB) bersama 5 syarikat PSH dan 4 syarikat non PSH telah diadakan di Grand Ballroom, Marriott Hotel Putrajaya. 

 

Sijil-sijil kompentesi telah disampaikan oleh Tuan Hj. Ir. Tauran Zaidi Bin Ahmad Zaidi Pengarah, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan. 

 

Tujuan majlis ini diadakan untuk meraikan hasil perlaksanaan Penilaian Kompetensi Biomedical Technical Personnel (BTP) merupakan tindakan proaktif dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk program Grandfathering Route yang telah bermula sejak 2019 untuk menilai tahap kompetensi kontraktor yang menyelenggara peralatan perubatan di hospital kerajaan mencapai standard ditetapkan seiring dengan keperluan Akta Peranti Perubatan 2012 Akta 737.


Akta Peranti Perubatan menyatakan keperluan individu mempunyai kompetensi di Seksyen 43: Seseorang yang memasang, menguji, mentauliahkan, menyenggarakan dan melupuskan sesuatu peranti perubatan hendaklah mempunyai kelayakan dan kompetensi. Mengikut data perangkaan penilaian kompetensi untuk tahun 2019-2021, sebanyak 1,159 sijil kompetensi telah dianugerahkan kepada BTP yang layak dan termasuk Product Technical Specialist (PTS) untuk syarikat pembekal peralatan perubatan. Manakala program Grandfathering 2022 menumpukan penilaian kompetensi secara individu untuk BTP yang bekerja sebelum 1hb Januari 2022 untuk 4 jenis kepakaran peralatan perubatan iaitu Radiologi & Imejan, Makmal, Diagnostik dan Terapeutik.

 

Setiap BTP dinilai dan akan dianugerah sijil kompetensi oleh MBCB bergantung tahap penguasaan peringkat kompetensi yang berbeza, seperti berikut:

1.    Level 1 - Theory , Safety, Operation, Maintenance and Minor Repair

2.    Level 2 - Theory , Safety, Operation, Maintenance and Major Repair

3.    Level 3 - Theory , Safety, Operation, Maintenance and Major Repair, overhaul and modification. Specialization based or model specific.

4.    First Line Management - Operation management, administrative, documentation.

5.    Second Line Management - Supervision, training provision, risk management.

6.    Third Line Management - Vision, leadership, resources allocations, research & development. 

 

BTP yang mencapai tahap kompetensi akan dianugerahkan sijil kompetensi mengikut tahap yang dicapai seperti berikut:

1.    Compulsory Competency Module (CCM).

2.    Certificate A (Radiology & Imaging) Competency Level 1/2/3/PTS

3.    Certificate B (Laboratory) Competency Level 1/2/3/PTS

4.    Certificate C (Diagnostic) Competency Level 1/2/3/PTS.

5.    Certificate D (Therapeutic)Competency Level 1/2/3/PTS

6.    Certificate C (Diagnostic) Competency Level 1/2/3/PTS. 

7.      Certificate M (Management)Competency Level 1/2/3.


Seramai 294 BTP telah dinilai pada tahun 2022 dan 231 BTP layak mendapatkan sijil kompetensi. Seramai 47 orang BTP adalah daripada Radicare yang mencapai Level 1, Level 2 dan Level 3 kompetensi. Dua (2) staf teknikal Radicare telah mencapai tahap kompetensi Level 3 iaitu Muhammad Amirul Afizal Bin Adam, dari cawagan Kuala Terengganu untuk peralatan Infusion Pumps dan Muhammaf Faris Fitri Bin Ismail, cawangan MKAK untuk peralatan Haemodialysis. Tahniah diucapkan.



 




Antara penerima-penerima Sijil Kompetensi