Pada 26hb Ogos 2017, telah berlangsungnya Majlis Konvokesyen Certified Healthcare Facility Manager (CHFM), Kumpulan yang pertama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Kuala Lumpur.  Majlis ini  telah meraikan 29 orang pelajar (kakitangan Radicare) yang telah tamat belajar pada bulan Julai 2016. Penganugerahan sijil ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamarudin, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Antara Pengurusan Tertinggi Radicare (M) Sdn Bhd yang hadir bagi meraikan para pelajar ialah En. Hidaya Yahaya, Ketua Pegawai Operasi, Pn Siti Zubaidah Haron, Pengarah Sumber Manusia Kumpulan dan En. Hamidey Hamid, Pengarah Perolehan dan Pembangunan Vendor Kumpulan.