Malaysia Medical Device Expo (MyMedex) 2019 telah dirasmikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 15 Oktober 2019 di MITEC, Kuala Lumpur. Turut hadir pada hari perasmian adalah YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia.

MyMedex 2019 ini adalah anjuran Medical Device Authority dan mendapat sokongan dari Kementerian Kesihatan Malaysia ini telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari.

Tujuan MyMedex 2019 ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan mendalam tentang inovasi perubatan terkini. Justeru itu, Radicare turut sama menyokong dan menjadi rakan tajaan serta berpeluang untuk membuka tapak pameran di MyMedex 2019 ini.

 
Perasmian oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad  
  Radicare menerima cenderahati sebagai Rakan Tajaan My Medex 2019

 


Puan Hajah Halwah Binti Abdul Manaf, Ketua Pegawai Eksekutif Radicare (M) Sdn Bhd bergambar di tapak pameran Radicare (M) Sdn Bhd