MSOSH OSH Award
Majlis Anugerah MSOSH OSH telah berlangsung pada 1 Ogos 2019 di One World Hotel dan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Mahfuz Bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia dan juga merangkap Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Radicare telah dianugerahkan tiga anugerah Gold Class di majlis anugerah tersebut. Anugerah-anugerah tersebut dianugerahkan kepada anak syarikat Radicare iaitu Clinwaste (M) Sdn Bhd dan juga kepada dua cawangan Radicare di Hospital Setiu dan Hospital Putrajaya.
Anugerah MSOSH OSH bertujuan untuk memberi pengiktirafan sewajarnya kepada semua organisasi dan syarikat anggota yang telah mencapai prestasi kerja Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang terpuji dan / atau telah menunjukkan peningkatan yang luar biasa dalam proses Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan melalui sistem Keselamatan dan Kesihatan yang baik.
![]() |
![]() |
![]() |