Radicare telah dianugerahkan 'Malaysia Excellence Business Award in Healthcare Facilities Management' (MEBA 2019). Anugerah MEBA 2019 ini bertemakan 'Businesses driving sustainability as a good force' telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusuf, Menteri Pembangunan Usahawan.

MEBA 2019 ini dianjurkan oleh Malaysia Business Council for Sustainability & Malaysia Digital Chamber of Commerce yang disokong oleh PERDASAMA Putrajaya. Majlis tersebut telah berlangsung pada 03 Disember 2019 di Hotel Marriot Putrajaya. MEBA bertujuan mengiktiraf syarikat-syarikat dalam pelbagai pasaran untuk menunjukkan pencapaian yang cemerlang dan prestasi cemerlang dalam bidang seperti kepimpinan, inovasi teknologi, khidmat pelanggan dan pembangunan produk strategik.