Lawatan oleh Pegawai BPK KKM ke Pasir Puteh bagi Memantau Projek RFID
Sistem identifikasi gelombang radio (RFID) adalah satu sistem berteknologi tinggi yang telah digunakan di kebanyakan negara-negara maju ketika ini. Perlaksanaan sistem ini adalah salah satu cara bagi pengawalan kehilangan linen sepertimana yang telah di minta oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sistem RFID ini terdiri daripada cip kecil yang mana cip tersebut dapat membekalkan data yang diperlukan bagi pengeluaran laporan-laporan yang dikehendaki. RFID cip ini akan dijahit pada setiap linen yang dibekalkan kepada setiap hospital. Setiap linen yang dijahit dengan cip tersebut akan direkodkan dengan data-data seperti kod linen, nama linen, tahun linen dibeli dan nama hospital. Sistem RFID ini berfungsi dengan cara melakukan proses imbasan menggunakan peralatan yang telah di khususkan sepeti handheld, kotak pengimbas dan gantry. Proses imbasan tersebut perlu dilakukan keatas setiap linen mengikut aliran proses linen yang telah ditetapkan seperti penerimaan linen bersih dari laundry, permintaan linen bersih di stor user, penghantaran linen bersih ke stor user, penghantaran linen kotor ke laundry dan penghantaran linen bersih ke hospital. Data imbasan tersebut akan dimuat naik ke dalam sistem RFID bagi proses penjejakan linen dan pengeluaran laporan.
Laporan-laporan yang dapat dikeluarkan dari sistem RFID adalah seperti clean linen dispatch, clean linen request, clean linen issue, linen reject report dan lain-lain. Kelebihan perlaksanaan sistem RFID ini adalah dapat mengawal sistem inventori dengan lebih sistematik. Dengan cara tersebut, jumlah linen di dalam peredaran, keadaan linen dan jumlah kehilangan linen dapat dikesan dan dijejaki.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |