Pada 29 September 2017,  satu lawatan ke Loji Pelupusan Sisa Klinikal di Clinwaste (M) Sdn Bhd telah dihadiri oleh wakil KKM dan Jabatan Alam Sekitar. Wakil dari KKM diketuai oleh Tuan Haji Mohd Dusuki bin Haji Yaacob (Bahagian Perolehan dan Penswastaan) dan Tuan Haji Tauran bin Ahmad Zaidi (Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan) manakala wakil dari Jabatan Alam Sekitar diketuai oleh Puan Hajah Azuri Azizah Binti Haji Saedon. Turut bersama adalah Ketua Pegawai Eksekutif Radicare (M) Sdn Bhd, Puan Hajah Halwah binti Abdul Manaf, Ketua Pegawai Operasi, Encik Hidaya bin Yahaya, Pengurus Besar Clinwaste (M) Sdn Bhd, En. Syed Jalal bin Syed Shuhaimi dan Pengurus Besar Medilaund (M) Sdn Bhd, En, Nor Azman bin Mohamad Rejab.

Lawatan tersebut bertujuan untuk melihat perkembangan bagi pemasangan incenarator yang baru bagi mengantikan yang lama dan melihat teknologi baru yang digunakan Clinwaste bagi pelupusan sisa klinikal iaitu Microwave.

Lawatan dimulakan dengan taklimat berkenaan Clinwaste yang disampaikan oleh En Syed Jalal bin Syed Shuhaimi dan taklimat keselamatan dari wakil safety officer Clinwaste (M) Sdn Bhd. Setelah tamatnya ke semua taklimat, wakil KKM dan Jabatan Alam Sekitar bersama pengurusan tertinggi Radicare (M) Sdn Bhd telah melawat ke tapak loji pelupusan sisa klinikal bagi melihat perkembangan pemasangan incenarator yang baru dan sekali gus melihat teknologi Microwave yang digunakan Clinwaste selain daripada incenarator bagi pelupusan sisa klinikal.