Pada 17hb hingga 22hb September 2018, Radicare telah menerima kunjungan rasmi daripada Kementerian Kesihatan Brunei dan
Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS). 
Delegasi Brunei ini diketuai oleh Puan Dayang Saidah Bt Haji Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif RIPAS.

Delegasi Brunei ini telah dibawa melawat ke 'Central Service Centre' di Ibu pejabat Radibems, 'Workshop' di Radifleet,
'Incinerator' di Clinwaste juga tidak ketinggalan Medilaund, bagi menyaksikan sendiri proses-proses basuhan linen yang lebih teratur dan sistematik.
'Incinerator' pertama yang beroperasi di Malaysia ini berkonsepkan "GREEN INCINERATOR" di mana udara panas dihasilkan di komponen 'heat exchanger'
disalurkan melalui sistem penyejuk dan dikitar-semula bagi penyejukkan bilik sejukbeku.

Selain daripada itu, delegasi juga dibawa melawat Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sg. Buloh 
bertujuan melihat sendiri perkhidmatan sokongan yang dijalankan di peringkat hospital.
Mereka amat kagum dengan 'Solar Thermal' yang dipasang di Hospital Sg. Buloh dan berharap teknologi sedemikian turut dipasangan di Brunei kelak. 
 
 
Gambar berlatar-belakang 'Green Incinerator' di Clinwaste   Bergambar di bawah 'Solar Thermal', Hospital Sg. Buloh