Pada tahun 2017, Penggurusan Tertinggi Radicare yang diketuai oleh Puan Hajah Halwah Abdul Manaf bersama dengan Pengurus-pengurus Besar Kawasan dan Pengurus Besar Subsidiari telah meluangkan masa menyertai lawatan ke Majlis Rumah Terbuka Pantai Timur iaitu ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu.  


Pada 17hb Julai 2017, rombongan pihak penggurusan telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 7.50 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu dengan disambut oleh Pengurus Besar Kawasan Kelantan iaitu En. Mohd Pikri Mat Zain. dan kemudian telah dibawa ke Radicare cawangan Kota Bharu di HRPZ II.

Kehadiran rombongan pihak pengurusan telah di sambut meriah oleh kakitangan Radicare Kota Bharu. Majlis telah dirasmikan dengan acara pemotongan Pulut Kuning oleh Puan Hajah Halwah. Pelbagai hidangan yang menarik telah di hidangkan dan telah menambat hati pihak rombongan, antara hidangan yang tidak dapat dilupakan adalah Jeli Kelapa yang dihidangkan di dalam buah kelapa dan juga Laksam Kelantan yang dimakan bersama belacan dan garam. Puan Hajah Halwah dan Encik Hidaya juga berkesempatan menyampaikan Long Service Award 10 Years dan 20 Years kepada kakitangan di bawah Kawasan Kelantan dan juga telah meyampaikan duit raya kepada para pesara. Majlis in telah diceriakan lagi dengan kehadiran Pengarah Hospital Raja Permaisuri Zainab II iaitu Dr. Hajah Selasawati bt. Hj. Ghazali.

Seusai majlis di Radicare cawangan Kota Bharu, pihak penggurusan telah dibawa ke Lundang untuk merasmikan pembukaan Pejabat Kawasan Kelantan. Puan Hajah Halwah telah menandatangani plak dan memotong pulut kuning sebagai tanda merasmikan pejabat baru ini. Sekali lagi pihak rombongan telah dijamu dengan Roti Jala, Rendang dan Kuih-muih sebelum bergegas ke destinasi seterusnya.

Pada jam 2 petang, rombongan telah menuju ke Bachok untuk melawat Pondok Solihin di Kampung Teratak Pulai. Pondok ini sedang dalam proses pembinaan dan pihak penggurusan berhasrat untuk meninjau keadaan pondok tersebut. Sejurus selepas itu, perjalanan di teruskan dan pada jam 5 petang pihak rombongan telah tiba di Kuala Terengganu dengan disambut mesra oleh Pengurus Besar Kawasan Terengganu iaitu Tuan Haji Azman bin Ismail.

Pada keesokan harinya, tanggal 18hb Julai 2017, Puan Hajah Halwah bersama dengan pihak Pengurusan Tertinggi Radicare, Pengurus-pengurus Besar Kawasan dan juga Pengurus Besar Subsidiari telah menghadiri Majlis Sambutan Rumah Terbuka di Radicare Cawangan Kuala Terengganu. Sejurus tiba di Radicare Kuala Terengganu, acara dimulakan dengan sesi bergambar kenangan sebelum Puan Hajah Halwah dan pihak pengurusan yang lain diiringi ke tempat duduk. Majlis telah dimulakan dengan pimpinan doa yang diketuai oleh En. Azizul iaitu Jurutera Elektrik Radicare Kuala Terengganu, nyanyian lagu Radicare dan kemudian ucapan kata alu-aluan oleh Tuan Haji Azman. Selepas itu, majlis telah dirasmikan oleh Puan Hajah Halwah dengan ucapan sepatah dua kata dan di iringi dengan acara pemotongan kek. Majlis kemudian diteruskan dengan acara pemberian Long Service Award 10 years & 20 years kepada kakitangan di bawah Kawasan Terengganu. Puan Hajah Halwah dan En. Hidaya juga berkesempatan memberikan duit raya kepada para pesara yang hadir. Pelbagai juadah telah disediakan di antaranya Bubur Pulut Durian, Sengkuang Calit, Kuey Teow dan Mee Goreng. Puan Halwah juga berkesempatan bergambar kenangan bersama kakitangan-kakitangan Radicare Kuala Terengganu dan pesara-pesara Radicare ketika majlis berlansung. Pada jam 11.30, pihak rombongan pengurusan tertinggi telah bergerak untuk pulang ke Kuala Lumpur.