Pada 5hb September 2019, Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) telah mengadakan kunjungan hormat ke Radicare (M) Sdn Bhd. Kunjungan seramai 5 orang dari PPZ-MAIWP ini diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif, En. Mohammed Hassan, Pengurus Besar Kanan Operasi,  En. Muhammad Faizul Wahab, Pengurus Unit Dakwah Perniagaan, Pn. Nor Fitrina Abdul Rohani, Eksekutif Kanan Unit Dakwah Perniagaan dan En. Mohd Fakhrullah Ifwat Romzain, Pegawai Khas.

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim di antara PPZ-MAIWP dengan Radicare. Selain daripada membincangkan kerjasama yang dapat dilaksanakan, kunjungan ini dapat memberikan info yang lebih tepat berkaitan dengan urusan zakat dan wakalah kepada Pengurusan Radicare. 

Terima kasih di atas kunjungan ini dan semoga kerjasama di antara PPZ-MAIWP dan Radicare dapat berterusan.