Susulan dengan pelaksanaan Subseksyen (5) Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) yang telah dikuatkuasa pada 1 Jun 2020, Kumpulan Radicare komited untuk memerangi jenayah rasuah. Justeru itu, Barisan Pengurusan Tertinggi syarikat telah melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di salah satu anak syarikat milik Radicare iaitu Medilaund (M) Sdn Bhd di Teluk Panglima Garang, Selangor pada 22 September 2020 yang lalu.

 

Semua kakitangan Radicare dan anak syarikat juga menandatangani IBR ini dan mematuhi sepenuhnya undang-undang, peraturan, prosedur dan polisi berkaitan pencegahan jenayah rasuah ini.