Pada 14hb September 2020, buat julung kalinya Clinwaste (M) Sdn Bhd bekerjasama dengan  Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk melupuskan barang yang telah dirampas. Proses pelupusan ini diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Bahagian Penguatkuasaan dan Pematuhan, YBhg. Datuk Johari Alifiah.


Kesemua barang rampasan telah dilupus dengan mengunakan insinerator 15MTD Rotary Klin “Negative Pressure” yang mempunyai teknologi terkini. Ia merupakan incinerator pertama dimana udara panas yang dihasilkan dalam komponen penukar haba disalurkan melalui sistem penyejukan dan dikitar semula untuk penyejukan bilik sejuk. Pengurus Besar Clinwaste, Tuan Syed Jalal Bin Syed Suhaimi turut memantau proses pelupusan tersebut.