Kempen Derma Darah Berkumpulan di Pusat Darah Negara.
GPRC dengan kerjasama Puan Ramlah Mohamed Osman, Pengurus Besar Wilayah Persekutuan telah mengaturkan sesi derma darah warga kerja Radicare HKL, IMR & IPR secara berkumpulan di Pusat Darah Negara (PDN). Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu PDN menambah stok bekalan darah yang berada di paras kritikal.
Ianya diadakan secara berperingkat mengikut jadual yang telah ditetapkan supaya tidak mengganggu tugas hakiki warga kerja di hospital. Selain daripada itu, ketika musim pandemik, SOP sentiasa dititik beratkan bagi mengelak penularan wabak Covid19.
Program derma darah ini dijadualkan bermula 24hb Mei 2021 dan berakhir 29 Mei 2021. Alhamdulillah, program ini mendapat penyertaan seramai 80 warga kerja Radicare.

Cawangan | Tarikh | Peserta |
HKL | 24 & 25 Mei 2021 | 50 orang |
IMR | 28 Mei 2021 | 20 orang |
IPR | 29 Mei 2021 | 10 orang |
Radicare akan memberikan sokongan kepada PDN untuk membantu menambah bekalan darah dan akan melaksanakan program secara konsisten.

En. Mohd Akmal Bin Ahmad
Warga kerja dari HKL
![]() En. Mohd Zulkarnain Bin Abdullah
Warga kerja HKL
|
![]() En. Mohd Irfan Imanullah Bin Md Sabri Warga kerja IMR
|
![]() Cik Seri Najwa Binti Tasri Warga kerja IMR |
![]() Pn. Siti Sa'diah Binti Mustafa Warga kerja IMR |
![]() En. Aziz Bin Sham Warga kerja IPR |
![]() En. Mohd Khairul Nizam Bin Muhammad Warga kerja IPR
|