Pada 1 Jun hingga 3 Jun 2016 dan bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre, International Healthcare Conference & Exhibition 2016 (APHM) telah berlangsung selama 3 hari.

Pada pameran ini terdapat pelbagai tajuk persidangan yang telah di bincangkan di antaranya ialah Improving Together - The Strenght of Collaboration in Health Care yang telah disampaikan oleh Professor Jonathon Gray dari New Zealand, As Goes Quality, So Goes Profit, Recognising that Elevating Quality is a Viable Strategy for Lowering Cost yang telah di sampaikan oleh Mike Wagner dari United State of America.

Pada hari kedua pameran ini berlangsung, Yang Berbahagia Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkesempatan melawat kawasan pameran yang ada di situ selepas beliau membuat ucapan perasmian.