Radicare (M) Sdn Bhd telah mengambil bahagian dalam Persidangan dan Pameran International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia 2022 (IGEM 2022) bersama syarikat konsesi Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) yang lain dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPK), Kementerian Kesihatan Malaysia. IGEM 2022 telah berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) selama 3 hari iaitu bermula pada 12hb hingga 14hb Oktober 2022 dan dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air.

 

IGEM 2022 diadakan bertujuan sebagai platform yang strategik untuk meningkatkan kerjasama semua pihak berkaitan yang terdiri daripada agensi kerajaan, pemain industri dan pemegang taruh dalam menjayakan pembangunan mampan negara.

 

Tema IGEM 2022 ialah Race Towards Net Zero: Fulfilling Sustainable Development Goals (SDG) & Environmental, Social, and Corporate Governance (ESG) Commitments, menepati Rancangan Malaysia Ke-12, sebuah pelan lima tahun untuk mencapai pertumbuhan ekonomi dan mengubah Malaysia menjadi sebuah negara yang makmur, inklusif dan mampan.

 

Radicare bersama syarikat konsesi PSH mempamerkan pencapaian dalam pelaksanaan Program Lestari di hospital-hospital kerajaan antaranya ialah penganugerahan sijil LEED Platinum di Hospital Putrajaya, sijil LEED Gold di Hospital Setiu, penggunaan Magnetic Bearing Chiller di beberapa buah hospital di bawah selian Radicare, Solar Thermal, Rainwater Harvesting, LED Lighting dan lain-lain.

Barisan Pengurusan Tertinggi syarikat konsesi bergambar bersama
YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Timbalan
Ketua Pengarah & Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal)
dan En. Yahaya Saad, Pengarah BPK, KKM.
En. Hidaya Yahaya, Ketua Pegawai Operasi Radicare memberi penerangan
mengenai high efficiency magnetic motor for AHU and pump system 
kepada YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Timbalan
Ketua Pengarah & Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal)