Radicare (M) Sdn Bhd bersama syarikat Konsesi Perkhidmatan Sokongan Hospital yang lain telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menjayakan International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia 2017 (IGEM 2017) selama 3 hari bermula pada 11 – 13 Oktober 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

IGEM 2017 ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air. Tujuan IGEM 2017 ini diadakan adalah untuk melaksanakan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui atau sustainable energy sebagai penjana kuasa arus utama dalam mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan persekitaran hijau di negara ini.

“Powering The Green Cities”, adalah tema IGEM 2017. Projek ‘Solar Thermal Hot Water System’ di Hospital Sungai Buloh dan ‘Composting Machines’ di Hospital Serdang merupakan projek yang telah dilaksanakan. Bagi projek ‘Solar Thermal Hot Water System’ kelebihannya adalah ia dapat menjimatkan pengunaan tenaga elektrik di Hospital Sungai Buloh.

Projek ‘Composting Mechine’ kelebihannya adalah untuk mengelakkan pencemaran sisa pembuangan makanan dan menghasilkan baja organik di mana ianya menjimatkan kos pembelian baja bagi kerja-kerja lanskap di hospital.