YB Datuk Seri Mustapa Mohamed meluangkan masa untuk melawat ke Hospital Kuala Krai yang baharu dan dijangka siap sepenuhnya pada 30 Mac ini.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPN), YB Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, hospital yang bernilai RM300 juta itu dibina di atas tapak seluas 40 hektar kini
sudah siap hampir 99.05 peratus.

 Beliau berkata, pihaknya berharap baki 0.5 peratus akan siap lebih awal sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak datang merasmikannya.

 “Tidak banyak hospital di dunia yang mempunyai kemudahan  seperti yang terdapat di hospital ini.”

 

     

"Bukan sahaja canggih malah hospital bertaraf antarabangsa ini akan turut mempunyai jawatan baharu, doktor pakar, berikutan pertambahan bilik bedah daripada dua di hospital lama
kepada lapan bilik bedah baharu”


"Ini bakal menjadi pemangkin pembangunan di Kuala Krai khususnya dan Kelantan amnya," katanya pada sidang media selepas melawat projek HKK di sini, hari ini.

 Turut hadir, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Yahaya Mamat; Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Datuk Razani Ab Lazid dan
Pengarah HKK, Dr Mohd Salleh Mat Jusoh.
Ketua Pegawai Operasi, En Hidaya Yahaya, Pengurus Besar Negeri Kelantan, En Mohd Pikri Muhd Zain,
Pengurus Operasi dan beberapa wakil dari Radicare juga turut hadir melawat Hospital Kuala Krai ini pada 11 Februari 2018.