Seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Konsesi yang dimetrai pada 1hb April 2015, di bawah Technology Transfer Program, Syarikat Konsesi dan Wakil KKM perlu mengikuti program antarabangsa di luar Negara bagi mempelajari dan mengaplikasikan teknologi-teknologi terbaru ini di Malaysia.

Pada 18hb – 25hb September 2017, Ketua Pegawai Eksekutif Radicare (M) Sdn Bhd, Puan Hajah Halwah Abdul Manaf bersama YBhg. Dato’ Zulkifly bin Rafique, Lembaga Pengarah Radicare dan juga Ketua Pegawai Operasi iaitu En. Hidaya Yahaya telah menyertai deligasi Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min dan Ir. Dr. Khairul Azmy bin Kamaluddin, bersama wakil Pengurusan Tertinggi Syarikat Konsesi lain iaitu UEM Edgenta, Sedafiat, Medivest & One Medicare ke Switzerland telah menghadiri persidangan
11th Swiss Energy And Climate Summit Conference.

Bertemakan “BOOST – The Future Of Energy As Opportunity”, fokus persidangan ini adalah lebih kepada ‘Will To Change & Innovation And Faith In The Company’s Power’. Pelbagai topik menarik telah  di bincangkan antaranya adalah The Governance of Climate Change – a Global Perspective oleh Executive Secretary UNFCCC, Economic of Innovation: From Follower to Leader oleh Managing Director Warburg Pincus. Booster of the Energy Transition oleh Chairman of The Advisory Board Bloomberg New Energy Finance, Persidangan ini mempamerkan pelbagai teknologi canggih terbaru yang telah dihasilkan daripada tenaga dan alam sekitar yang memainkan peranan penting dalam perlindungan iklim.

Pada 25hb September delegasi telah dibawa untuk Lawatan Teknikal ke Vienna General Hospital (AKH) di Austria. Hospital ini merupakan salah satu pusat perubatan yang paling maju dan kontemporari di Eropah.