Seramai 39 kakitangan Medilaund (M) Sdn Bhd telah terjejas akibat banjir terutama yang berada di daerah Kuala Langat, Shah Alam dan juga Kuantan, Pahang pada penghujung Disember 2021 yang lalu.

 

Selain daripada sumbangan kewangan yang diberikan oleh Radicare (M) Sdn Bhd, Medilaund atas inisiatif sendiri juga telah membuat Tabung Bencana untuk membantu wargakerja Medilaund. Hasil kutipan diselurkan terus kepada wargakerja yang terjejas akibat banjir.

 

Selain daripada itu, wargakerja Medilaund turut memberikan bantuan dari segi sokongan tenaga dan moral kepada mangsa banjir dengan membantu melakukan kerja-kerja pembersihan secara berperingkat di kawasan berdekatan. Aktiviti pembersihan ini mendapat kerjasama yang baik dari wargakerja Medilaund yang tidak terjejas dengan bencana. Aktiviti pembersihan ini sangat membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir.


Antara gambar kerja-kerja pembersihan di rumah mangsa banjir.